Popular Posts

Saturday, February 20, 2010

Kekecewaan Yang Teramat

Setiap manusia akan merasai kejayaan. Namun, jalan menuju kejayaan itu mempunyai pengorbanan yang unik dan ironi. Ada masanya kita jatuh, ada masanya kita dijulang. Segala yang ada digenggam erat, tak akan selama-lamanya kita akan genggam, jika kita tertidur, maka terbukalah genggaman itu. Masyarakat sekarang kebanyakannya adalah masyarakat hedonisme. Mereka menganggap diri mereka dominan! Taksub dengan segala yang ada di depan mata. Berfikir hidup di dunia ini adalah semata-mata kerana wang, wang, wang. Kekayaan tidaklah setanding dengan kasih dan sayang. Tidak semua benda atau perkara yang ada dalam dunia ini boleh dibeli dengan wang. Setujukah anda dengan pernyataan ini?

Kadangkala kita lupa diri kita. Tidak ada sesiapa mengatakan perkata itu salah. Setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi janganlah sampai kesilapan tersebut menguasai diri kita bukan kita yang menguasai kesilapan itu. Kita membuat kesalahan tak bermakna kita jatuh atau kalah. Memang benar, seitap permainan ada kalah menangnya. Tapi tak semestinya kita kalah selamanya. Kita diberi anugerah untuk merasai kejayaan. Setiap insan yang dilahirkan ke muka bumi ini akan dikurniakan kejayaan. Cuma hanya kita yang harus mencari arah menemuinya.

“Kehidupan yang tidak teruji bukan kehidupan yang berharga bagi seseorang.”

(Socrates)

“Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan darah.”

(Hamka)

Cerita ini bukan untuk menghina, tapi untuk mengingati kepada yang lupa. Jangan kita bongkak dengan kekayaan, atau kecantikkan atau apa-apa sahaja yang membuat kita bangga. Apabila kita berjalan, jangan lupa melihat kaki kita. Jika bukan kerana kaki itu, kita tak dapat berjalan dengan sempurna.


“Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.”

(Khalifah Abdul Malik Marwan)


Allah menganugerahkan kita alam yang begitu indah jika diterokai. Hidup kita lebih bermakna jika kita menghargainya. Dunia sekarang gerun untuk dihuni. Ada orang tak dapat duduk senang melihat kaumnya sendiri dijulang. Apa kerjanya? Kerjanya menjatuhkan orang itu hingga tak dapat bangun dari tanah. Dunia sekarang bahkan seperti dunia penuh pembohongan dan lakonan semata-mata. Kuasa, darjat, kekayaan adalah perkara yang terpenting dalam fikiran manusia di era sekarang ini. lupa pada pangkal jalan, lupa pada orang yang berusaha sama, lupa pada nilai-nilai murni, atau lebih senang lupa pada masa lalunya. Ya, hidup kita yang nanti sedang menanti. Tapi tanpa masa lalu takkan ada masa kini!

Manusia, manusia. Sukar untuk dimuatkan dalam perkataan. Cerita yang kita anggap sebagai mimpi ngeri kini sudah menjadi realiti. Tidak sedarkah dunia sudah mahu kiamat? Tidak sedarkah tuhan murka pada kita? Perkara terlarang dalam agamalah perkara yang diagung-agungkan, bukan perkara yang seharusnya dilakukan. Rasa ingin tahu yang mendalam, yang sukar dihalang inilah menjatuhkan harga diri seseorang. Sedarkah dia? Sudah tentu tidak. Kerana perkara ini bagaikan membuat dirinya begitu sempurna.

Ada juga yang mengingat mati tapi tak mengingat kehidupan seterusnya. Katanya, sebelum aku mati, lebih baik aku besuka-suka. Nanti mati, tak ada perkara yang boleh aku buat.! Inikah pendapat atau pemikiran yang harus kita ikutkan atau harus kita ajar pada anak cucu? Ada pula yang mengingat mati dan kehidupan katanya, darah baru setempuk pinang mahu bertaubat atau insaf. Salah! Ajal dan maut tak mengenal usia, tak mengenal rupa, tak mengenal harta, tak mengenal kekuasaan!

Perkara ini membelungi benakku.ini disebabkan oleh perkara ini sudah menjadi mapan! Kealpaan pada unsur agama, kebejatan moral merosakkan akhlak manusia sekarang. Apa salahnya jika kita berbuat baik? Dengan emak sendiri pun susah nak berbuat baik. Ada kes kita dengar anaknya sendiri merogol mak. Ingatlah kawan-kawanku, syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Lihatlah betapa tingginya darjat seorang ibu. Tanpa ibu atau emak, takkan wujud kita di dunia ini. ibu bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Sanggupkah kamu berbuat sedemikian? Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.

Dalam kehidupan seharian kita takkan sedar kesilapan kita dalam berkata-kata. Lancing sahaja mulut mengeluarkannya. Diluar sedar kita, hati insane yang lain sudah terluka. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. Di mana-mana kita boleh berbicara. Di tandas? Di rumah? Di restoran dan di mana-mana sahaja. Kini, di masjid juga sama. Bukankah kita dilarang berbual kosang.? Ini tidak! Bukan sahaja berbual kosong, lagu di dalam telefon juga dimainkan. Langsung tak ada rasa hormat dan takut.

0 comments:

Post a Comment