Popular Posts

Sunday, March 21, 2010

Prefect camp


Ok, sebagai ajk makanan aku dah tempuhi pelbagai cabaran. Perkara ini sudah muncul sebelum kem lagi. Macam ne lah, aku dah punya banyak personal problem + kerja projek aku yang tarikh tutup nya adalah 25hb ini. Aku tengah bengang fikir macam mana nak atur masa siapkan kerja itu, study, and masalah yang kena diselesaikan semasa kem pengawas itu. Hari pertama, makan malam itu ok lah. Tapi, pihak catering pula lah lambat. Terpaksa tunggu depan sekolah so makanan sampai terus angkat and terus sedia. Jadi aku pun tunggulah macam apa. Its my responsibility kan.. Tiba-tiba aku teringat mengenai alas meja untuk “special night”. Aku lupa prepare. Jadi terpaksa kol rumah minta carikan dengan amah, takda pula, kol lagi pihak catering Tanya kalau mereka ada. Ada kata mereka tapi mungkin tak cukup. Aku dah mula risau, cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Then, aku Tanya Joshua kalau dia boleh tolong tanyakan pengetua. Tak lama gitu, Joshua beritahu pengetua kata dia dah minta kerani pesan untuk beli kain alas meja sebab mereka nak juga guna untuk apa-apa acara makan nanti. then, aku dapat kol daripada pihak catering. Mereka kata mereka tak dapat sediakan sate kerana tak ada pembakar. Kalau pesan sahaja then hidang sahaja baik tak perlu. Tukar dengan menu lain. Tanya fazrina, faz kata oklah kalau tukar dengan abc. Settle dah masalah sate itu.

Masuk hari kedua, masa sarapan.. Tengah2 malam aku dah sms and kol minta mereka datang awal masa sarapan…. Tapi, apa jadi esoknya? Lambat juga.. Punya aku jadi macam apa. Sabar lagi.. Then, aku dan kata awal datang. Jam 7.30 aku terpaksa rush masuk kelas tambahan akaun. Masa tengah hari aku turun jap. Aku dah beritahu pihak catering Jam 11 kena datang dah. Memang lah masa makan jam 11.30. Tapi aku dah kata datang awal, 30 minit datang. You as supplier should be more alert in this kind of situation. Then, aku sabar lagi, sampai ja makanan masyaallah, kering macam apa, tak ada kuah langsung even kuah sayur. Aku dah tau conclusion apa campers akan buat. Untuk makan malam aku dah beritahu datang awal juga. Jam 6 sampai dah. Ok kata mereka.

Then, jam 4.30 gitu, selepas station game, aku pergi pejabat am jumpa kerani. Minta alas meja itu. Alhamdulillah masalah alas meja dah selesai. Aku terlupa pasal lilin. Nak simpan di mana lilin? Kalau lilin kecil itu boleh la juga simpan di piring kecil. Kalau lilin yang besar. Blackout punya llilin tak ada tempat. Tak apalah lilin itu terpaksa dibatalkan perancangannya. Teruskan ja dengan apa yang ada. Kali ini, mereka menepati masa. Tapi, aku terpaksa cari orang untuk angkat meja dan kerusi. Sampai ja makanan mereka lupa pula letak orang, aku dah minta letak orang. Dalam 3 atau 4 orang ja untuk tolong kauk nasi dan buat abc. Tapi sampai ja orang, 8 0rang pula sampai. Punya aku terkejut. Tak apalah, takkan nak suruh mereka balikkan. Tapi, aku tak sedar mereka tak sediakan sudu kauk lauk, terpaksa lagi tunggu. Aduh…. Punyala payah.. pasal meja lagi.. tak cukup untuk memuatkan semua ajk, pengawas dan calon pengawas. Tak nak la juga ada yang duduk di kerusi tanpa meja. Jadi angkat lagi 2 meja. Mujur ada joey teoh dan wong suk yee tolong. Jadi mereka pun ambil makanan. Timbul lagi satu masalah, takut tak cukup lauk. Kerana pelajar sebelumnya ada yang ambil lebih. Jadi konklusinya ada yang ambil kurang. Im very-very sorry about that.

Aku betul-betul bengang kerana kepala ini dah nak pecah dah. Ingat pula cakap ayah aku. Apa-apa masalah pun kita kena tempuhi dengan sabar dan tabah. Jangan terus meronta. Tapi cari jalan untuk selesaikannya. Tak ada masalah yang tak selesai. Ada pun yang tak selesai tapi mengambil jangka masa yang begitu lama untuk selesai. Tiba-tiba Jagatesh Tanya aku after aku habis makan tu. Dia komen la pasal waitress yang ada kat situ if service mereka masuk dalam pembayaran. Then aku kata ya. Selepas itu, dia kata.. aku patut complain dengan supplier. Kerana mereka tak buat apa-apa kerja pun. He said that in high voice. Ok, mungkin ada ajk-ajk lain yang nak cakap dengan aku tapi Cuma dia sahaja yang berani. Aku terima komen itu dengan sabar. Aku tak kata apa yang dia kata is wrong. Memang betul dia cakap and aku pun dah complain dengan supplier. I know my job, I know what should I do if something is wrong. Thanks to you kerana berani beritahu saya. Then, timbul lagi masalah baru kan. Actually, service mereka tak masuk dalam pembayaran. Mereka ada disitu kerana atas dasar usaha aku minta tolong untuk kauk nasi dan minuman sahaja. Lauk prefect kauk sendiri. Tapi salah aku kata ya. Maybe some of the ajk know what happened to me after that. Let me explain, selepas meeting pengawas malam itu, aku and jagateesh dan juga easther dan faz diarahkan berjumpa cikgu. Kami berjumpa dalam pejabat. Bincang berdepan. Segalanya sudah jelas dan tak ada simpan apa-apa perasaan lagi selepas itu. Semuanya kerana aku sudah pendam perasaan aku, aku dah sabar begitu lama dan aku sudah punya banyak masalah dan bila dia cakap dengan aku dalam cara yang salah dan tempat yang salah, kata cikgu macam pemetik api. Then, for me, aku memang tak boleh tahan sudah.

Keesokan harinya aku dah kol awal juga, aku dah sms datang awal. Tapi apa? Lagi teruk dari hari sebelumnya. Then dalam menu aku dah beritahu roti atau biskut bukan snek. Aku dah letak roti ke kuih. Tapi at least something yang sesuai untuk sarapan. Tapi? Aduhhh!!! Macam kemarin, aku ada kelas akaun jam 7.30. Aku dan faz pun pergi lah kelas. Tapi jam 9 gitu aku terpaksa keluar kerana projek pembinaan almari itu dah nak dipasang tapi belum bayar. Syukur pihak kontraktor mahu pasang almari itu juga. Aku pun tunggu lah. Sambil mengambil gambar. Thanks to Easther kerana sudi menjadi jurugambarku yang tak berdaftar. Heehhehe.. Sementara itu, aku kol la pihak catering untuk beritahu mereka kena awal sebab tempat minuman dekat situ rupanya mereka belum ambil. Tapi what happened? Mereka tak ambil juga. 1 hour lagi nak makan tengah hari. Aduiiiii….. Ada sahaja masalah menimpa aku. Makanan sampai juga. Tapi, ada sedikit masalah mengenai air. Aku pun dah blur macam apa, aku naik juga ke kelas walau kepala aku dah berserabut. Aku minta tolong dengan ilham dan kawan2 yang lain contohnya zuhaily, easther, yanzeen dan julayha untuk aturkan. Habis kelas aku terus pergi makan tengah hari. Then bila aku lihat makanan dalam tapau itu, aku yang sebagai ajk makanan sendiri terkejut and terkilan. Mak oiiii.. sikit sangat… tak perlu bagi penerangan yang lebih jelas. Yang penting nasi sahaja yang lebih.

Aku betul-betul marah + bengang + geram + sedih + malu.

Terima kasih la diucapkan kepada insan-insan yang membantu aku dari pelbagai segi iaitu kepada semua ajk yang tersebut dan tidak tersebut.

Terima kasih kepada cikgu wong fui lin kerana dalam pelbagai masalah yang aku terima kepada dialah aku merujuk.

Terima kasih kepada semua peserta.

  • Penggunaan hp saya didepan peserta adalah kerana menelefon pihak catering yang susah untuk memberi kerjasama.
  • Pendek kata, tak semuanya adalah salah pihak catering. Segala kesalahan adalah salah masing-masing. Semua pihak yang terlibat dalam pemakanan mempunyai kesalahan masing-masing. Jadi, masalah itu adalah salah kami semua
  • Kami yang memegang tanggungjawab sebagai ajk pemakanan adalah kali pertama memegang tanggungjawab ini kurang pengetahuan dalam penyediaan makanan atau pemilihan restoran
  • Minta maaf andai kata makanan itu kurang memuaskan.

Wednesday, March 10, 2010

Kes Sunburn!!

Cerita bermula apabila macam ne.
kakak sepupu aku ajak la aku pergi mandi2.
Dua hati gak, nak pergi tak nak juga sal esoknya ada test.
Banyak paper work tak siap lagi..
Huh, akhirnya keputusan dibuat…
Aku tak pergi..
Yang pergi kak sepupu aku, dan adik aku lelaki, shafik..
Kebetulan juga masa diorang pergi tu masa aku ada kelas tusyen.
Hahahaha… Redha jak terpaksa tak ikut..
Balik dari kelas tusyen, aku duduk depan tv.
Balik je dorang dari shan sui… fuiiii!!!!
Punya la aku ketawa!!!
Hitam menghitam… Hah..!!!
Adeqku ne pun pergi lah mandi..
Bila dia buka baju..
tambah aku ketawa!!!
Ahahahaha… macam ne, sebelum ne aku and family member yang lain selalu ejek adeqku ne..
kami kata eeee… shafik punggung itam…!!!
Punggung dea jer yang itam… tapi bila balik dari mandi2..!!
hahahahah..
punggung dia jer yang putih… ahahaha… almaklumla dea mandi pakai seluar pendek jer..
tak hairanla..!!! hahaha..