Popular Posts

Wednesday, May 18, 2011

There is always 1st time on everything



Actually aku dapat plkn... tapi sayang aku terpaksa tangguh sebab kan, 3 hari lagi aku mendaftar menjadi siswi Uitm Kota Kinabalu.. 

Memang sedih gila2.. 

Nak tau apa lagi yang sedih??

aku terpaksa tinggalkan si syahril.. lama dah aku ngan dia.. selalunya dia yg tinggalkan aku sebab dia belajar di uitm Sarawak.. sekarang tak lagi, aku yang tinggalkan dia..

"Bieey, za cuma p sambung belajar, za janji za jaga diri za elok2, x curang ngan b, za akan selalu ingat b.."

beberapa minggu ne, aku selalu hang out ngan kengkawan aku... aku sayang2 sangat nak tinggalkan diorang... nanti aku jumpa kawan baru, aku pasti aku tak jumpa kawan yang sama seperti kamu wahai kawan-kawanku..

beberapa hari lagi aku akan masuk Universiti (1st time tu), beberapa hari lagi aku akan tinggal asrama, beberapa hari lagi aku akan ada kawan baru (itupun lau ada sudi berkawan ngan aku)

beberapa hari lagi aku akan tinggalkan bilik kesayangan aku.. huhu :)

beberapa hari lagi yang paling sedihnya, aku akan tinggalkan keluarga aku..
aku akan tinggalkan mak aku yang tercinta...

"mak, ija akan jaga diri baik2, ija akan selalu khabar berita ngan mak, mak jaga diri ya.. mak jaga makan tidur ya.. jangan tak makan... nanti mak tak sihat.. janganla selalu kerja, kalau boleh carilah amah, jadi ada bantu mak jaga rumah kita tu kan, ija tau mak sedih lepaskan ija.. hari2 ija kol mak, so mak tak nanges.. mak sayang ija, mak kena tabah, jadi ija boleh belajar baik2, ija boleh tabah hidup tanpa mak ngan bapak kat sana.. mak percaya ija boleh hidup berdikari kan, mak percaya kan mak?? sayang mak sentiasa..?

perkara yg 1st time tu ada baik dan ada buruknya.. 

Aku nak jadi insan yang berjaya.. aku nak wat orang tua aku bangga.. aku nak wat mereka rasa pengorbanan mereka membesarkan aku, menjaga aku, buat sarapan untuk aku, -------- BERBALAS....

kengkawan aku dan buat kekasih aku, banyak kenangan kita bersama... even aku seorang yang pelupa, aku takkan lupakan semua tu...

0 comments:

Post a Comment