Popular Posts

Thursday, November 26, 2009

apa itu wanita?


Wanita adalah insan yang begitu istimewa. Begitu indah dipandang mata. Wanita diciptakan untuk menemani lelaki. Wanita dijadikan dari rusuk lelaki bukan dari kepalanya untuk menjadi atasan dan bukan dari kaki untuk menjadi alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai. Wanita dikaca mata lelaki sungguh istimewa.

Cabaran terbesar lelaki adalah wanita, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : 
 
 زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." 
 
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda : 
 
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


Kini, sering kita dengarkan kes wanita dirogol. Salah siapakah sebenarnya? salah perogol tersebut. jika dikaji dan dilihat benar-benar. Punca pertama adalah kaum wanita tersendiri. Daripada cara pemakaian dan kecantikkan semata-mata.


Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

ruj:www.zaharuddin.net




0 comments:

Post a Comment